Apa yang kami lakukan ditempat yang dilawati

Terdapat banyak aktiviti yang menarik dan seronok serta dapat memberikan impak positif kepada para peserta kem tersebut. ANTARANYA:

KHIDMAT MASYARAKAT

Sepanjang kami melawati SK MEMPELAM dan PANTAI GETING , TUMPAT kami telah melakukan pelbagai khidmat masyarakat iaitu kami mengutip sampah semasa kami pergi ke PANTAI GETING,TUMPAT. Dan kami juga telah pergi ke SK MEMPELAM untuk melakukan aktiviti yang menarik bersama mereka. Akhir sekali, kami juga telah melawati PONDOK KENERONG , DABONG untuk memberikan bantuan barangan asas seperti minyak dan tepung.Tambahan, kami juga telah pergi ke RUMAH SERI KENANGAN untuk beramah mesra dengan warga emas dan kami juga memberikan mereka cenderamata sebagai kenangan bersama iaitu bunga dawai bulu

PERKHEMAHAN

Kami telah berkhemah di TAMAN MINJAROES MRSM JELI . Dalam perkhemahan itu kami telah melakukan pelbagai aktiviti semasa aktiviti perkhemahan berlangsung. Contohnya masakan rimba . 

OUTREACH MRSM

Semasa kami menaiki KTM DABONG kami telah bagi penanda buku yang mempunyai maklumat tentang MRSM dan homeroom serta mengapa dia ditubuhkan. Selain itu, kami juga telah pergi PANTAI GETING dan KAWASAN BEBAS CUKAI di TUMPAT untuk agihkan dawai bulu dan panflet yang dibuat oleh homeroom MRSM JELI. Tujuan program ini ialah untuk memperluaskan pengetahuan masyarakat luar tentang MRSM dan homeroom serta menunjukkan kepada masyarakt luar 15 BUDAYA MRSM

EKSPLORASI ALAM 

Untuk aktiviti eksplorasi alam kami telah pergi GUA IKAN di DABONG untuk menelajahi gua dan mengenali pelbagai unsur alam, flora dan fauna. Tujuan aktiviti ini dijalankan ialah untuk menambah pengalaman dan ilmu pengetahuan pelajar MRSM JELI yang menyertai program itu

Create Your Own Website With Webador