PROGRAM CITRA HOMEROOM

AMALAN TERBAIK KOLOKIUM HOMEROOM MRSM JELI 2026.

KOLABRASI

PROGRAM CITRA HOMEROOM telah melawati pelbagai tempat semasa program berlangsung

Apa yang kami lakukan di tempat yang dilawati

Semasa kami melawati ke tempat yang ditetapkan oleh Unit Pengurusan Homeroom MRSM Jeli (UPHR). Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan

HASIL KERJA PESERTA KOLOKIUM HOMEROOM DAN HOMEROOM MRSM JELI

Setelah sekian lama kami bertungkus lumus untuk menyiapkan. Akhirnya kami telah menyiapkan hasil kerja kami iaitu Poster , Video S.I.K.A.P Dan Video Budaya Mrsm & FAST

MISI KAMI SEPANJANG PROGRAM INI BERLANGSUNG

  • Peningkatan keyakinan diri dan kemahiran kepimpinan dalam mengendalikan aktiviti.
  • Ahli lebih aktif, kreatif dan berani menyumbang idea.
  • Peningkatan kesedaran terhadap tanggungjawab, disiplin dan amanah.
  • Wujud semangat kerjasama, toleransi dan kekitaan dalam homeroom.
  • Ahli lebih menghargai peranan penasihat sebagai pembimbing dan keluarga homeroom sebagai satu komuniti.
  • UPHR dapat membuat Projek Hydroponic Homeroom di Laman Homeroom MRSM Jeli.

'PROGRAM CITRA HOMEROOM ini telah membuahkan hasil yang membuatkan saya berpuas hati kerana telah memberikan impak yang sangat bagus kepada setiap       Wakil homeroom MRSM Jeli yang telah jalani setiap aktiviti yang dirancang dengan sangat bagus serta dapat menyerap segala budaya yang ingin diterapkan kepada mereka termasuklah 15 budaya MRSM , S.I.K.A.P iaitu Saitifik , Integriti , Kreatif , Amanah dan Patriotik. Dan F.A.S.T iaitu Fatanah, Amanah , Siddiq , Tabligh'

Penyelaras UPHR MRSM Jeli, CIKGU NAILAH

"Program ini telah berikan kami kesedaran tentang pentingnya mengamalkan S.I.K.A.P dan 15 Budaya MRSM dalam kehidupan Seharian. Kerana semua tempat dan program yang kami ikuti sepanjang program tersebut berkait rapat dengan budaya tersebut."

WAKIL PRESIDEN HOMEROOM

"Pada pandangan saya sebagai Exco Homeroom, Program Citra Homeroom merupakan satu program yang sangat baik kerana bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama ahli, malah turut mengamalkan 15 Budaya MRSM, S.I.K.A.P dan Budaya FAST. Melalui program ini, kami dapat menerapkan nilai kerjasama, kepimpinan, disiplin, tanggungjawab dan semangat kekitaan dalam kalangan pelajar. Program ini juga membantu membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik, sahsiah dan jati diri serta menjadikan budaya MRSM lebih dekat dengan kehidupan seharian kami.”

AIN NABILA BWP EXCO HOMEROOM MRSM JELI

Get in touch

Location


Jeli, Kelantan ,Malaysia

Create Your Own Website With Webador